Follower

Saturday, April 2, 2011

hari aku bengang ( tak la bengang sangat)



harini lepas isya tadi aku dapat tahu ron 97 naik.
sbb aku ada baca kat page pro-kerajaan yang petik dari akhbar online.
lepas tu bagi dia comment mcm ni pulak.

"Apapun APC harap kerajaan gunakanlah segala kebijaksanaan yang ada bagi memastikan harga petrol ron95 tak dinaikkan walau dengan apa cara sekalipun selagi termampu. Yang paham tu paham la, masalah dengan orang yang tak paham bahasa ni' ."

mcm tu je dia jawab? mudah gila.
APC = Anti-PKR Club.

pastu ada pulak yang antar comment mcm ni.

"Tepek Pisang : sangat betul! hairan sbb yang tak guna ron97 pon dok bising. kesan daripada sifat membangkang membabi buta! dia dah jadi macam tindak balas automatik. harga minyak naik malam ni! pom!! mulalah meroyan. padahal harga minyak afiat yang naik. lawak tol depa nih."

salah satu komen dari geng pro-kerajaan di group pro-kerajaan fb.
depa tak sedaq. minyak apa pn, naik laaa. naik la minyak apa pn, ron 97 ka, diesel ka, ron 95 ka, minyak masak ka, turut effect semua satgi.
tsunami tadak kena mengena ngan ayam ( kot la ayam tu ternak kat jepun, ni dak pn) , pemborong kata harga ayam naik RM2-Rm2.50 salah satu sebab tsunami. tengok ja la nanti. muhung sangat kalau tak naik.

lagi aku sakit hati ngan mamak. dekat uia nie ada satu mahallah kafenya mamak. fully mamak. depa speselnya, bukak pkoi 8 pagi, tutup pkoi 4~5 pagi. kira rehat 2-3 jam ja... pastu semua orang pn pegi. ayam dia sedap, Kentucy Fried Cinta (KFC). jadi depa pn amik kesempatan la. naik ayam sekekot RM2.50. aritu member aku belaja nasik. baru baru nie, aku try la beli(baru sangat lagi, 3 hari lepas). nasi kosong dengan ayam tu. mak ai RM3.80. member aku beli nasi goreng ayam pn RM4(dikira mahal). mahai nak mampoih. kat kuliah aku Rm2.00~Rm2.50 je nasi lauk ayam. tak guna punya mamak. kerajaan kata nak bawak turun harga ayam start time bulan april. tak turun jugak jadi Rm2.00 balik, aku sepak satgi sekoq2..

kesimpulan ; sekali naik, takkan turun dah. caya la. sapa bodo sangat nak turun harga balik.!

dari topek pisang sampai atas ni, aku copy dari komen aku kat kawan aku, marah beb!

tak amik pengajaran dan iktibar langsung dari apa yang berlaku. amik bulan 12 aritu pn dah ckup dah. bulan 12 aritu dah naik. tu pn 5 sen @ 10 sen je. aku pn dah tak ingat. bila naik mcm tu, semua barang naik, susu naik, gula naik. aduh.

amik la pengajaran sikit. jangan naik minyak.

ntah ntah nie strategi peperangan? aku bkn nak masok politik. ada aku cakap bodoh punya kerajaan? tak. aku kondem je. mcm korang tak penah kondem korang pnya kawan ke, punya lecturer ke. takkan tak penah. " ape punya lecturer. aritu cakap tak masok yang nie. masok jugak .mmg patut la kami fail" , " apa pnya lecturer, tak patut betol marking guna grammar, dah la kelas tak datang, buat kelas jarang jarang, tengok berapa ramai yang fail"

statement yang kedua tu dari kawan kawan aku yang tak lepas. sbb dengar cite lecturer marking guna grammar, tapi tak bgtau. hampir 44 orang fail. nonsense kan?

tengok, takkan korang tak penah kutuk atau kata mcm tu? no side mane2 k.

bak kata satu blok di makbudak, kita dah kena tipu. sebenarnye ron 97 lagi jimat dah lagi efficient dari ron 95. ron 95 merosakkan enjin kita. kawan kawan aku pn ramai komen mcm tu, antaranya irfan dan juga amu. mmg tak patut betul kan? diorang dah la pengguna ron 97. bukan apa, nak jaga juga harta yang beli lebih dari 20-30 ribu tu. bukan beli cash. beli guna pnjaman pulak tu ( bagi yang tak upaya)
pastu tiap tiap hari kena sara minyak pulak.

aku ingat lagi kata kata cikgu aku time 2008 yang minyak naik 78 sen tu, both ron 97 dan ron 95, cikgu aku kata dia balek kampung kat perak, jmpak seorang nelayan @ petani. mcm pak cik la. pak cik tu mengeluh dan hampir mencarut. dia kata

" cikgu, dulu sebelom nie ( sebelom minyak naik) saya boleh juga simpan duit dalam bank untuk masa depan, untuk anak anak saya, ada juga lebih cikgu, tapi sekarang ( lepas minyak naik 2008) bila saya kira kira, saya buat kira kira balik cikgu, dapat NEGETIF! tak guna betol!"

nak lagi ke jadi mcm nie? dah la harga ron 97 sekarang sama mcm ron harga 2008 dlu. tak guna tak guna tak guna.

disini aku letak mengapa aku kata kita ditipu.


Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.


RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km


Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.


RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km


Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.


sakit hati bukan? aduhai. kerajaan tolonglah turunkan harga minyak :(

psst pstt : orang cakap naik harga minyak nie sbb nak PRU sarawak. nanti dah nak PRU Sarawak, diorang turun la balek.. aku dengar orang cakap je. psst psstt

2 tiNtA dAn kAtA:

Anonymous said...

OMG! minyak naek, semua benda naek, takda maknanya nak turun balik harga barang2 tu, sini pun harga naik, tp sbb revolusi,cessss...

Azwan Nazri said...

ha ha padan muka semua. sekali naik takkan turun. kalau nak naik sangat. nai harga barang sudah la. jangan naik harga minyak . pandai la sikit. kata ada pakar ekonomi austarlia la, malaysia la, korea la, jepun la. haiyua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...